HULU SELANGOR: Seorang lelaki berusia 30 tahun mengugut mahu membunuh
isterinya selain memukul dan mencekik wanita itu ketika berbuka puasa
selepas ditegur isterinya berikutan tindakannya yang marah-marah di
rumah mereka di Kuala Kubu Baru, di sini.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam Khamis lalu, mangsa
yang berusia 30 tahun dicekik suaminya selain memaki hamunnya.
“Mangsa kemudian ditolak ke dalam bilik air. Mangsa terjatuh dan cuba bangun, namun suaminya menyimbahnya dengan air sebelum ditinggalkan bersendirian,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu mengugut mangsa mahu membunuhnya jika mangsa membuat laporan polis.
Atas nasihat keluarga, mangsa membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
P/S: nasib bek isteri skadar tegur, klau jenis yg suka berleter, mmg kompem.......kene cekik smpai mati..laki plak jnis panas baran...pehh perfect match..
No comments:
Post a Comment