KUALA LUMPUR – Juara Maharaja Lawak, Kumpulan Sepah hari ini
mengesahkan bahawa kumpulan itu secara rasminya berpecah setelah tidak
lagi mempunyai persefahaman dan masalah peribadi di kalangan anggotanya.
Seorang anggota kumpulan itu, Jepp, dilaporkan memberitahu akhbar
bahawa anggota kumpulan lawak paling mantap itu sebelum ini beberapa
kali kurang mampu memberikan komitmen kepada kumpulan dan terpaksa
dibina kembali untuk pertandingan Maharaja Lawak yang lalu.Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa tidak tahan lagi dengan situasi tersebut dan mengambil keputusan untuk berpecah.
“Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk
oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila
kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di
dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini
saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan,” katanya yang
dipetik dari akhbar Berita Harian hari ini.
Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan tersebut, Shuib, turut
senada dan pasrah dengan apa yang terjadi kepada Maharaja Lawak itu. Shuib mengaku pernah ada melakukan perbincangan bersama anggota lain
mengenai masalah kumpulan itu, namun ianya tidak mencapai kata sepakat
dan akur dengan keputusan untuk berpecah meskipun sangat sayang pada
kewujudan kumpulan itu.
“Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata
begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan
sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini
baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh
buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini,” katanya yang dipetik
dari akhbar yang sama hari ini.
Kemantapan kumpulan paling lawak di dalam industri hiburan tanahair
itu dikesali pelbagai pihak dan peminat, serta menyifatkannya sebagai
satu kehilangan besar khususnya kepada persembahan bercorak komedi.
Blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com.my berkata, memandangkan
industri komedi negara ketandusan dengan artis-artis yang mampu
menghiburkan dengan lawak jenaka mereka, pepecahan yang berlaku kepada
Kumpulan Sepah adalah sangat dikesali.
Bagaimanapun, Abang Nara mencadangkan agar anggota kumpulan itu agar
jangan berputus asa dan mungkin mereka boleh bergabung dengan kumpulan
lawak lain untuk menggamatkan lagi industri hiburan komedi tanahair.
sumber : mynewshub.my
No comments:
Post a Comment