Penganalisis dan pihak berkuasa berkata, serangan itu mempunyai tanda serangan kartel dadah yang telah menyebabkan banyak keganasan berlaku di Monterrey dan beberapa kawasan, di Mexico.
Seorang mangsa yang terselamat berkata, beberapa orang yang bersenjata menyerbu Casino Royale yang terletak di kawasan industri tengah hari semalam dan mengugut mereka yang berjudi sebelum menyimbah minyak tanah ke atas karpet dan membakarnya.
“Isteri saya ke sini untuk satu karaian,” kata seorang lelaki yang menangis kepada Milenio TV. “Dia sedang makan malam bersama rakan-rakannya.”
“Isteri saya ke sini untuk satu karaian,” kata seorang lelaki yang menangis kepada Milenio TV. “Dia sedang makan malam bersama rakan-rakannya.”
Menurut seorang saksi, orang ramai meluru untuk keluar menyebabkan kesesakan apabila mendengar bunyi tembakan. Ramai yang bersembunyi di bilik air tetapi mati akibat menghidu asap tebal dalam bangunan itu, kata pegawai penyelamat.
Gabenor Nuevo Leon, Rodrigo Medina berkata, jumlah mangsa setakat ini adalah 53 orang tetapi pasukan penyelamat memberi amaran jumlahnya mungkin meningkat. Media melaporkan majoriti mangsa yang terbunuh adalah wanita.
Agensi Televisa berkata kira-kira 20 mayat mangsa mungkin masih terperangkat di bawah runtuhan batu di dalam bangunan itu. Pasukan paramedik dan bomba menarik keluar mayat mangsa yang ditutup dengan plastik dari lubang di dinding, lewat malam semalam.
Monterrey terletak 230 kilometer dari sempadan Texas, merupakan satu kawasan yang kaya dan mempunyai kira-kira empat juta penduduk dan satu model bandar ekonomi. Tetapi, masalah perang dadah di Mexico yang menjadi-jadi menyebabkan bandar itu seperti tiada undang-undang.
Presiden Felipe Calderon menggelarkan serangan itu sebagai satu ‘keganasan tidak bertamadun’ dan berikrar akan terus memerangi jenayah terancang.
Kira-kira 42,000 orang telah terbunuh dalam perang dadah di Mexico sejak Calderon menjadi Presiden lewat 2006 dan memulakan perang ke atas kartel dadah.
Alberto Islas, seorang pakar keselamatan di Perunding Penilaian Risiko berkata, kejadian itu menunjukkan strategi Calderon untuk membendung kuasa kartel, telah gagal. - Reuters

No comments:
Post a Comment