Ini adalah sangat
menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang
wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai
memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan
ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap
menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan
meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru
kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit
telah diluluskan.
Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap
sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita
tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan
sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan
tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu
supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu
ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki
telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera
beliau telah menghubungi pihak polis.
Wanita tersebut terus menjadi takut dan
segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan
meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati
mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana
memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah
satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan
menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen
minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki
/ buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan
mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke
dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain,
orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin
masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat
sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah
situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan
dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan
kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2.
Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka
terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di
dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.
Be extra
careful,ladies...Sila share ni kpd semua gadis diluar sana.
No comments:
Post a Comment