JENAIN dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam. |
SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhi hukuman
penjara lima tahun terhadap Koperal Jenain Subi selepas didapati
bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada 2010. Hakim Latifah Mohd. Tahar bagaimanapun membenarkan
penangguhan hukuman yang diarahkan berkuat kuasa semalam bagi
membolehkan Jenain membuat rayuan berhubung keputusan itu. Latifah mengekalkan jumlah jaminan RM10,000 sementara menunggu keputusan rayuan tertuduh. Dalam penghakimannya, Latifah berkata, mahkamah membuat
keputusan Jenain bersalah selepas mengambil kira keterangan tertuduh di
akhir kes pembelaan yang mengaku melepaskan 21 das tembakan dalam
kejadian itu.
Selain itu, tertuduh juga bersetuju bahawa kelajuan kereta
Proton Iswara bernombor pendaftaran BET 5023 dipandu remaja itu semasa
memasuki Jalan Tarian 11/2 pada 26 April 2010 semakin perlahan dan
kereta itu tidak membahayakan mana-mana pihak termasuk terhadap diri
tertuduh.“Disebabkan keadaan tidak membahayakan tertuduh tidak perlu melepaskan tembakan lebih-lebih lagi 21 das,” kata Latifah.
Jenain, 49, dari Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Shah Alam didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan
Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 hingga 2 pagi pada 26
April 2010 selepas melepaskan tembakan ke arah kereta dipandu remaja
itu.
Bapa kepada empat orang anak berumur antara 15 hingga tiga tahun
itu dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan
denda jika sabit kesalahan.
Selain itu, Latifah dalam hujahnya turut berkata, selepas meneliti
keterangan saksi-saksi dalam perbicaraan itu, jelas tiada keraguan
bahawa peluru yang terkena pada bahagian kepala Aminulrasyid yang
menyebabkan kematiannya datang daripada senjata tertuduh. Berikutan itu, kata beliau, pihak pendakwaan berjaya membuktikan
kes melampaui keraguan munasabah dan dengan itu tertuduh dijatuhi
hukuman penjara lima tahun. “Mahkamah bukan sahaja simpati kepada keluarga mangsa tetapi juga
kepada tertuduh namun perlu diingatkan penggunaan senjata bagi polis ada
had dan perlu digunakan secara munasabah,” kata Latifah ketika
membacakan keputusannya.
Jenain yang berdiri di kandang tertuduh mengalirkan air mata dan tunduk ke lantai mendengar keputusan itu.
Ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 61, dan dua kakaknya Nor Azura
Amzah, 40, dan Tuty Shaninza Anom Amzah, 37, turut mengesat air mata
masing-masing.
Sepanjang bicara, 39 saksi dipanggil memberi keterangan bagi pihak
pendakwaan manakala pembelaan mengemukakan tiga saksi termasuk Jenain.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan – Pendakwa Raya,
Mohd. Dusuki Mokhtar, Idham Abd. Ghani dan Adilla Ahmad manakala Jenain
diwakili peguam bela, M. Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar.
P/s: 5 tahun je?? apa pendapat korg?? ble nak judge tuh jgn pikir sbelah pihak je..huhu
Sumber : generasiperkasa
Sumber : generasiperkasa
No comments:
Post a Comment