KUALA LUMPUR — Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.
Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi
itu berkata kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media
elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat
komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang
mengenai bahunya dan menembusi parunya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia, dan
Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07
malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu),
katanya.
Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera
kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah
tersasar dan mengenai Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Sementara itu, jurukamera TV3, Ajis Siregar pula cedera di tangan dalam serangan yang sama.
Penulis blog Papagomo yang turut serta dalam misi tersebut
melaporkan, tembakan tersebut dilepaskan oleh tentera African Union
ketika mangsa berada di dalam kenderaan ketika hendak masuk ke
perkarangan sebuah hotel.
Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 Sept ini.
sumber : mynewsub
No comments:
Post a Comment