Fakta menarik tentang mimpi.

1.Anda akam lupa 90% mimpi anda. 
Dalam masa 5 minit anda bangun separuh mimpi anda hilang. Dalam tempoh 10 minit, 90% hilang.



2. Orang buta juga boleh bermimpi
Orang yang buta selepas dilahirkan dapat melihat imej di dalam mimpi mereka. Walaupun orang yang dilahirkan buta tidak melihat apa-apa dunia luar, tetapi mereka juga mempunyai mimpi yang sama terang yang melibatkan deria lain seperti bunyi, bau, sentuhan dan emosi sama seperti orang normal.



3. Semua orang akan bermimpi
Jika anda berfikir anda tidak bermimpi, tidak anda sebenarnya hanya terlupa mimpi anda (kecuali mereka yang menghidap kes-kes gangguan psikologi yang melampau)



4.Kita hanya dapat melihat gambaran yang kita sudah kenal didalam mimpi.
Minda kita tidak mencipta wajah - tapi di dalam mimpi kita, kita melihat wajah-wajah sebenar orang pernah kita lihat dalam kehidupan cuma mungkin kita tidak perasan atau lupa. Kita semua telah melihat ratusan ribu wajah-wajah sepanjang hidup kita, jadi kita mempunyai bekalan yang cukup banyak untuk digunakan oleh otak kita semasa dalam mimpi kita. 


5. Tidak semua orang yang mepunyai mimpi yang berwarna.
Lebih 12% orang yang bermimpi dalam hitam dan putih. Selebihnya mimpi dalam warna penuh. Kajian dari 1915 hingga tahun 1950-an mendapati majoriti mimpi dalam hitam dan putih, tetapi keputusan ini mula berubah pada tahun 1960-an. Hari ini, hanya 4.4% daripada mereka yang berumur di bawah 25 tahun bermimpi dalam hitam dan putih. Penyelidikan baru-baru ini telah menyatakan bahawa keputusan yang berubah-ubah ini boleh dikaitkan dengan bperalihan daripada filem hitam dan putih dan TV kepada media warna.



6.Mimpi merupakan simbolik
Jika anda bermimpi tentang sesuatu perkara yang tertentu, tidak semestinya mimpi hanya tentang itu sahaja. Mimpi berlaku dalam bahasa yang amat simbolik. Apa sahaja simbol yang muncul dalam mimpi anda, ia nya merupakan simbol yang mungkin menjadi simbol bagi diri anda.



7. Emosi 
Emosi yang paling biasa dialami di dalam mimpi ialah kebimbangan/kerisauan. Emosi negatif adalah lebih kerap berbanding yang positif.



p/s: korang ingat x mimpi korang malam tadi?? kalerful ke black& white? 

 

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...