[Petua] Ketawa dalam Islam

KETAWANYA RASULULLAH S.A.W.

Ketika sedang Sahabat baginda Saidina Abu Bakar sedang menikmati sejambak buah kurma, datanglah baginda mendapatkan Saidina Abu Bakar dan duduk berhadapan dengan beliau.


Ketika ini Saidina Abu Bakar memakan kurmanya lalu mengasingkan biji kurma tersebut dan meletakkan dan mengumpulkannya di hadapan beliau, dan Baginda turut bersama beliau menikmati buah kurma tersebut namun tiada sebiji pun biji buah kurma di hadapan baginda kerana baginda mencampakkan biji-biji buah kurma di tempat pengumpulan sahabatnya itu
apabila sahabatnya sedang leka, dan ketika itulah baginda bersabda " Wahai Abu Bakar, Ku lihat dikau ini orang yang tersangat kuat makannnya lihatlah bertapa banyaknya jumlah biji-biji kurma yang telah dikau himpunkan."


Saidina Abu Bakar memandang Baginda seraya berkata "Wahai Kekasih Allah, yang kuat makannya adalah orang yang berada dihadapan ku kerana dia telah memakan buah kurma dengan biji-bijinya sekali" selesai Saidina Abu Bakar berkata maka ketawalah Rasulullah dengan hanya menampakkan sedikit gigi hadapannya yang putih bersih.
 

Begitulah keadaan tahap Rasulullah bila baginda ketawa (yang sedangkan itu adalah hanyalah senyuman sahaja bagi manusia seperti kita) dan Saidina pernah berkata itulah ketawa Baginda yang paling kuat dan tidak lebih daripada itu.

 Gambar Hiasan

p/s : kita kalau ketawa selagi tak nampak anak tekak selagi tu la nak bukak mulut besar2...hehehe


No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...