[SketsaDunia] Facebook "Like" button diisytiharkan haram?



Butang "Like" facebook yang sgt digemari telah diisytiharkan menyalahi undang-undang oleh pegawai pelindungan maklumat di German. 

Negeri di utara German, Schleswig-Holstein telah menyarankan mana-mana laman web yang menggunakan butang "Like" yang berhubung ke laman web rangkaian sosial untuk mengeluarkan butang itu menjelang akhir bulan September atau dikenakan denda sehingga ke €50,000 (RM 213,567), laporan tempatan ON Jumaat.

Thilo Weichert, di pusat perlindungan data negeri, berkata app itu digunakan oleh Facebook untuk mengumpul profile tabiat pengguna web secara haram.

"Facebook boleh mengesan setiap klik pada laman web, berapa lama saya berada serta apa yang saya minati," katanya. Menurutnya lagi, semua maklumat dihantar ke Syarikat di US walaupun seseorang itu bukan ahli Facebook.

Tetapi tuntutan Wichart ditolak oleh Facebook yang berpangkalan di California kerana menurutnya dalam satu kenyataan bahawa plug-in itu mematuhi undang-undang perlindungan data Eropah.

Facebook mengakui bahawa butang "like" boleh melepasi maklumat pengguna seperti IP Adress mereka tetapi data tersebut akan di padam selepas 90 hari seperti yang tertakluk dalam piawaian bagi indusrti tersebut.

Pengguna Facebook masih berada dalam kawalan penuh untuk data mereka semasa menggunakan plug-in sosial tersebut, kata dalam kenyataan itu.


P/S: xpe2 nie kat German jer...kite kat sini ok je...

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...