[TahukahAnda] Betul ker?? Fakta Puasa.

Walaupon bulan ramadhan tinggal beberapa hari je lagi, tapi masih belum terlambat untuk berkongsikan tentang fakta puasa. Berikut adalah serba sedikit yang selalu menjadi persoalan bagi kita. Jika ada pendapat lain, sila jangan segan untuk ketengahkan.

1. Mandi ketika berpuasa untuk menyegarkan badan adalah makruh??

Fakta: Mandi ketika berpuasa adalah HARUS. Rasulullah sendiri pernah mencurahkan air ke ataskepala Baginda disebabkan dahaga atau panas. 

2. Korek hidung, telinga atau rongga-rongga yang berlubang membatalkan puasa??

Fakta: Tidak ada dalil yang menunjukkan hukum sedemikian. Sedangkan yang benar ialah perkara yang membatalkan puasa hanyalah berlegar antara tiga perkara; makan, minum, dan bersetubuh.  



3. Perlukah penetapan waktu imsak iaitu kira-kira 5 hingga 10 minit sebelum masuk waktu Subuh?

Fakta: Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi
tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh.



4.Disunnahkan makan benda-benda manis atau buah-buahan tempatan?? 


Fakta: Disunnahkan berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. 


5. Merasai makanan dengan lidah batal puasa??.
 
Fakta:Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan). 



6. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub batal puasanya.

Fakta:Hal ini pernah berlaku kepada Rasulullah shallahu’alaihi wasallam, sedangkan baginda kemudiannya mandi, bersolat dan meneruskan puasa seperti biasa.  



7. Bolehkah bercumbu-cumbuan dengan isteri ketika puasa?  

Fakta: Hal ini mempunyai hukum yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing. Bagi yang dapat mengawal gelojak nafsu agar dengan cumbuan itu tidak menjurus kepada persetubuhan, maka dipersilakan. Tapi, buat yang tidak mampu, maka dia dimakruhkan sama sekali. 




8. Menggosok gigi ketika sedang berpuasa boleh menyebabkan batal atau kurang pahala puasa.

Fakta:Tidak mengapa menggosok gigi bahkan digalakkan. Lagipun Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan, sedangkan gigi yang kuning melambangkan empunya diri yang kurang menjaga
kebersihan. 


9. Lafaz niat puasa wajib??.

Fakta:
Tiada lafaz niat puasa, ini hanyalah bid’ah yang diada-adakan. Bahkan niat itu tempatnya di hati. Sesiapa saja yang terlintas di hatinya bahawa dia akan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka itu sudah cukup baginya. 


10. Tidur ketika sedang berpuasa adalah ibadat??

Fakta:Memang benar terdapat hadith yang menyebut bahawa tidur orang yang berpuasa adalah ibadat. Namun, tiada satupun daripadanya yang sahih dan dapat dijadikan hujah. 




p/s: Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yg bakal menjelang tak lama lagi :)

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...