Al-Fatihah buat Jurukamera Bernama TV yg Maut Ditembak Di Somalia



 KUALA LUMPUR — Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu),  katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengenai Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Sementara itu, jurukamera TV3, Ajis Siregar pula cedera di tangan dalam serangan yang sama.

Penulis blog Papagomo yang turut serta dalam misi tersebut melaporkan, tembakan tersebut dilepaskan oleh tentera African Union ketika mangsa berada di dalam kenderaan ketika hendak masuk ke perkarangan sebuah hotel.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 Sept ini.

sumber : mynewsub

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...