Aneh! "Mayat" bangkit semula selepas 24 jam.


Ini bukan kejadian aneh yang pertama berlaku. Dah banyak.. Selagi masih wujud manusia camnie selagi tu la benda ini tetap berlaku...uuuuuhhhhuuuu...

Ceritanya bermula apabila dua pembantu di rumah mayat Afrika Selatan melarikan diri kerana mereka menyangka bahawa ada hantu menghantui mereka.

Mereka mengandaikan bahawa seorang lelaki berusia 50 tahun telah mati, tetapi mereka salah apabila dia bangun semula didalam rumah mayat dan menjerit mintak dikeluarkan.

"Keluarganya betul-betul menyangka bahawa dia telah meninggal dunia," kata jurucakap kesihatan Sizwe Kupelo memberitahu agensi berita.

"Keluarga memanggil penggali kubur untuk mengambil "mayat" orang tua yang mereka fikir dah mati. Tetapi lelaki itu bangun di dalam rumah mayat pada hari ahad pukul 5:00 pm dan menjerit, menuntut untuk dibawa keluar dari tempat yang sejuk."

Lelaki itu sudah terdedah kepada kesejukan selama hampir 24 jam "kata Kupelo.

Beliau berkata orang ramai tidak harus menganggap bahawa seseorang yang sakit telah meninggal dunia dan dengan sewenang-wenagnya menghubungi rumah mayat, kata laporan itu.

"Hanya doktor, pekerja-pekerja kecemasan dan pihak polis yang mempunyai hak untuk memeriksa pesakit dan menentukan jika mereka sudah mati atau tidak." katanya lagi.


P/S: kesian pakcik tua tuh..mentang2 asyik terbaring macam mayat hidup kat rumah, terus disahkan mati...teruk punye femili...hahahaha
 

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...