mmm! Tea diperbuat dari Taik Panda!

Sejauh mana kebenarannya?? Jom baca...

Seorang pakar hidupan liar, AnYanshi telah mengumpul lima tan taik panda untuk menghailkan satu jenis teh yang baru iaitu "Ty-pooh Tea".

Yanshi telah dilihat mengutip dan mengumpul selori bahan buangan dari pusat pembiakan Panda di Chengdu, wilayah Sichuan, selatan China. Dia percaya bahan buangan atau taik panda akan memberi aroma yang unik, yang akan menjadikan dia kegemaran para pecinta teh.

Yanshi menjelaskan: "Panda mempunyai sistem pencernaan yang sangat miskin dan hanya menyerap kira-kira 30 peratus daripada apa sahaja yang mereka makan. Ini bermakna najis mereka yang kaya dengan serat dan nutrien."

Didalam gambar ni, Yanshi seolah-olah memakai pakaian panda dan merancangan untuk menjual campuran teh yang paling mahal untuk hampir £50,000 sekilo. Tujuan dia untuk mendapat pengiktirafan Guiness World Record bagi secangkir teh termahal di dunia.

Menurut Yanshi, teh ini mempunyai rasa yang matang, rasa pedas dan menghasilkan aroma yang sangat tersendiri semasa dikacau..




Bunyi die sedap bukan.....so lepas ni jgn terkejut plak klu nmpak Ty-pooh Tea kat menu air....tp blom di komersial kan lgi kot...


No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...