[SketsaDunia] Anak Pengsan Bapa Mati.

Satu lagi kejadian mati akibat dipanah petir. 
KLANG: Tiga mangsa yang cedera akibat dipanah petir di U5 Glenmarie, Shah Alam, kira-kira jam 2.40 petang kelmarin dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan dibenarkan pulang pada petang semalam.

Mangsa, Sumriyah Arup, 35, atau Som tidak menyangka bahawa hari kejadian hari terakhir dia berbual mesra dengan suaminya, Suradi Muhamad, 45, yang maut bersama dua yang lain ketika mereka sedang duduk bersantai di depan pintu rumah kongsi mereka.

“Saya sedang mencuci pinggan di dalam rumah kongsi sementara suami saya bersama abang
ipar dan sepupu sedang berehat di depan pintu sebelum kilat menyambar air yang bertakung di depan pintu rumah kongsi kami.

“Selepas bekerja suami macam biasa berehat letakkan kaki dalam air bertakung. Tapi tak sangka boleh terkena renjatan yang daripada air yang naik akibat hujan lebat sebaik petir menyambar,” katanya.

Sumriyah yang kelihatan trauma selepas kehilangan suami tercinta hanya memikirkan keadaan dua anaknya yang ditinggalkan di Jawa Timur berusia lapan dan 13 tahun.

“Kedua-dua anak saya sudah dimaklumkan mengenai kematian ayah mereka dan saya diberitahu saudara bahawa anak saya pengsan sebaik dimaklumkan tragedi menimpa ayah mereka,” katanya.

Mangsa, Rosit Sadin, 20, ketika ditemui di HTAR berkata, dia dan abangnya Dasir Sadin, 31, tetap akan pulang berhari raya walaupun masih trauma dengan kejadian berkenaan.

Sementara itu, jurucakap HTAR berkata, mangsa yang masih lemah dan memerlukan pertolongan untuk bergerak dengan dipapah, namun mereka dibenarkan pulang.

Harian Metro semalam melaporkan enam buruh Indonesia maut, manakala lima lagi cedera dipanah petir dalam dua kejadian berasingan di Selangor, kelmarin.

Kejadian pertama kira-kira jam 2.40 petang di tapak pembinaan di U5 Glenmarie, Shah Alam, meragut tiga nyawa. Lima minit kemudian, tiga lagi maut dalam kejadian di Sungai Choh, Hulu Selangor, ketika semua mangsa sedang menanam sayur.


p/s : Sejak dua menjak nie kejadian kene panah petir semakin byk kita dengar. So, kpd kawan-kawan PSLM berhati-hatilah ketika berada diluar semasa hujan dan petir..kalau boleh tak perlu lah keluar rumah. Tapi, kalau dah memang takdir kita hmmm kita terima seadanya.


No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...