Peristiwa 11 september rancangan AS sendiri?


LONDON: Satu dalam tujuh orang percaya Kerajaan Amerika Syarikat terbabit dalam merancang serangan 11 September 2001.

Orang muda lebih percaya ada teori konspirasi dalam kejadian itu yang mengorbankan kira-kira 3,000 orang. Satu kaji selidik yang mewancara 1,000 orang di Britain dan jumlah yang sama di Amerika Syarikat mendapati 14 peratus rakyat Britain dan 15 peratus rakyat Amerika percaya kerajaan Amerika yang dahulu, terlibat dalam tragedi itu.

Mereka ditanya: “Secara amnya, umum menerima yang serangan itu dilakukan oleh Al-Qaeda. Tetapi segelintir orang menyarankan ada konspirasi besar yang melibatkan kerajaan Amerika. 

Golongan muda, 24 peratus dalam lingkungan 16 dan 24 tahun, lebih percaya dengan teori yang mengatakan terdapat konspirasi ini. Lebih dua pertiga daripada yang disoal, 68 peratus, berkata mereka tidak percaya ada konspirasi.

Kaji selidik itu telah dilakukan untuk dokumentari Badan Penyiaran Britain yang menyelidik kenapa ramai orang percaya terdapat perkara yang disembunyikan di sebalik serangan tersebut.

Kaji selidik itu dijalankan oleh Gfk NOP sebagai sebahagian daripada program BBC Two -
The Conspiracy Files - Ten Years On (Fail Konspirasi - Sepuluh Tahun Berlalu).

Kaji selidik itu dilakukan bulan lalu melalui telefon di Britain dan Amerika Syarikat. Hos Radio dan aktor Amerika, Alex Jones adalah antara orang terkenal yang menyokong teori konspirasi ini. Radio 2 BBC merakamkan kata-kata beliau: “Syarikat swasta, korporat, rangkaian dunia yang bekerja di Amerika Syarikat, Britain, perisikan Israel, semuanya terlibat. Tetapi pemacu utamanya adalah rangkaian penyangak yang duduk dalam krajaan Amerika Syarikat.”

“Kerajaan mengaku pernah sengaja melakukan huru hara sebelum ini. Cerita rasmi mereka tidak masuk akal.” Pandangannya diterima pakai walaupun terdapat beberapa sesi soal siasat yang tidak  memberi bukti tentang dakwaan konspirasi itu. - Agensi

 
P/S: dorg sendiri pon percaya ade konspirasi psal tragedi nie...hmmm..apa pon HB to tragedi 11/9!!



No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...