Geli doL!! Telur Dara - direbus guna air kencing

Kiri: budak tgh menyumbang air kencin......kanan: Telur dara yg dah masak..


Memperkenal kan makanan istimewa orang di Zhejiang China iaitu "Telur Dara" yang direbus menggunakan air kencing kanak2 lelaki.

Bila korg berjalan disepanjang jalan di Dongyang, pasti korg terhidu bau busuk, bau bacin, bau hanyir atau bau air kencing. Bau ini datang dari periuk besar yang berisi Telur Dara yang sedang direbus.

Makanan nie dipanggil
tongzi dan (iaitu "telur budak teruna") yang mana merupakan satu tradisi lama masakan yang disenaraikan dalam budaya warisan Dongyong. Ianya sama seperti teh telur (telur rebus yang direndam dalam kicap dan cuka) cuma perbezaan Telur Virgin direndam di dalam air kencing.

Pengamal akan mengumpul air kencing kanak-kanak lelaki dari sekolah-sekolah rendah di sekitar bandar dan menggunakannya sebagai bahan utama untuk makanan tradisi ini.  

Baldi diletakkan di luar bilik darjah dan bagi memudahkan kanak-kanak lelaki untuk kencing di dalamnya, KECUALI mereka yang sakit.

Air kencing
yang kemudiannya digunakan untuk mendidih telur, dan kulit telur akan diretakkan untuk membenarkan rasa masuk kedalam telur. Selepas itu telur akan direndam di dalam air kencing dan rebus lagi.
Keseluruhan proses ini mengambil masa sehari suntuk. Bagi kita memang jijik tapi mereka mendakwa rasanya begitu lazat.....
Oo Emm Gee.....Oee Emm Gee

Kuning pekatttt air kencing tuh...........eeewwwww

Telur merekah memudahkan air kencing meresap kedalam..

P/s: waaaaaaa...ape la rasa nya tuhhh...bau je dah xtahan ape lagi nak masuk ke mulutt....Oo Emm Gee.....Oee Emm Gee


No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...